Masjid Laishui terletak di mukim Chengguan kaunti Laishui provinsi Hebei, China. Masjid yang seluas kira-kira 2,600 meter persegi itu dibina pada akhir Dinasti Ming dan awal Dinasti Qing. Bangunan masjid ini mempunyai seni bina tradisional China.
Pekan Jianchangying yang terletak di timur laut bandar Qian'an provinsi Hebei sudah berusia lebih 3,500 tahun. Dengan lokasinya yang strategik, pekan itu selalu dijadikan rebutan dalam peperangan.
Pekan Qiucheng di kaunti Qiu provinsi Hebei, China mempunyai sejarah yang lama. Pada masa dahulu, jumlah umat Islam di pekan itu tidak ramai.
Masjid Nanwangzhuang yang terletak di kaunti autonomi Dachang yang berpenduduk etnik Hui, provinsi Hebei sudah bersejarah lebih 600 tahun. Masjid itu dibina oleh Maharaja Zhudi Dinasti Ming untuk dua pegawai tenteranya yang merupakan pasangan adik-beradik.
Masjid Utara Baoding yang bercirikan seni bina tradisional China dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Yongle (1403-1424). Masjid yang seluas 2,250 meter persegi itu, mempunyai 51 bilik dan mampu menampung lebih 400 jemaah dalam satu masa.
Masjid Damuqiao yang terletak di mukim autonomi Putian berpenduduk etnik Hui di provinsi Guizhou, China dibina pada awal abad ke-16 dan merupakan masjid yang bersejarah agak lama di provinsi itu. masjid itu telah termusnah dalam perang saudara.
Mukim autonomi Jiedi yang berpenduduk etnik Hui yang sudah bersejarah lama terletak di kaunti Cang, provinsi Hebei, China. Terdapat tiga buah masjid di mukim autonomi yang berpenduduk Muslim itu.
Masjid pekan Qingzhou yang berhampiran dengan Terusan Besar Beijing-Hangzhou terletak di pinggir Tasik Haizi di pusat kaunti itu. Pemandangan di sekitar masjid itu cukup selesa dan menyerlahkan keindahan.
Masjid Yangsanmu terletak di mukim autonomi Yangsanmu yang berpenduduk Hui di Huanghua, provinsi Hebei, China. Kawasan itu sudah bersejarah lebih dua ribu tahun. Masjid Yangsanmu menjadi masjid yang terbesar di mukim autonomi yang berpenduduk Muslim itu.
Masjid Benzhai yang terletak di kampung Benzhai, kaunti Xian provinsi Hebei adalah salah satu masjid yang terkemuka di China Utara. Masjid itu dinamakan Ma Benzhai (1901-1944), sempena nama pahlawan Islam dalam perjuangan antipencerobohan Jepun.
Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.
腾耀3平台注册 |
com棋牌 |
d8的彩的正确网址 |
在线中福网址 |
华都彩票注册 |
好的优盛的彩的网的登陆网址 |
安博电竞体育 |
彩客网官网 |
电竞比赛押注app |