Jawatankuasa Bersama bagi Pelan Tindakan Komprehensif (JCPOA) mengenai isu nuklear Iran memanggil satu mesyuarat khas di Vienna, ibu negara Austria semalam.
Pengarah kawalan senjata Kementerian Luar China, Fu Cong mengetuai delegasi China ke mesyuarat itu.
Beliau berkata, memastikan perjanjian komprehensif itu dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan bukan sahaja dituntut resolusi berkenaan Majlis Keselamatan PBB, bahkan satu-satunya saluran yang realistik untuk menyelesaikan isu nuklear Iran.
Semua pihak diharap bertenang, merungkai perbezaan pendapat dalam rangka JCPOA, dan berusaha meredakan ketegangan situasi semasa.
Katanya, China akan memikul tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan keseimbangan hak dan kewajipan di bawah perjanjian berkenaan, khususnya bagi melindungi hasil pembangunan ekonomi Iran.
China akan terus bersama-sama semua pihak terlibat untuk menggalakkan projek mengubahsuai reaktor air berat di Arak, Iran.