Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menghubungi Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melalui telefon Jumaat lalu.
Rumah Putih dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, mereka berdua bersetuju merapatkan hubungan ekonomi dua hala selepas Britain keluar daripada Kesatuan Eropah atau "Brexit".
Ini perbincangan pertama antara pemimpin kedua-dua negara selepas Johnson menjadi Perdana Menteri Britain pada 24 Julai.